Subhanallah, haiwan juga punya kebolehan bekerjasama secara berpasukan | BUKAN sahaja manusia, bahkan haiwan pun boleh tunjukkan sifat kerjasama berpasukan. Dalam sebuah video yang dipaparkan melalui portal Metro.co.uk, kita dapat menyaksikan komunikasi hebat antara dua ekor anjing dalam membantu satu sama lain. Melalui paparan video itu, kelihatan seekor anjing mengigit ekor anjing yang lain bagi mengelakkan ia tergelincir ke dalam kolam renang ketika bergelut mencapai bola yang berada di permukaan air. Akhirnya bola tersebut berjaya diperoleh dan anjing itu tidak terjatuh ke dalam kolam renang. Kedua ekor anjing tersebut merupakan binatang peliharaan yang dikenali sebagai ‘shaggy dogs’. Video tersebut dikatakan menjadi popular untuk seketika dan dikongsikan oleh 3,700 pengunjung laman berkenaan setakat ini. -AP
.