MH370 : Misteri lagu 'Get It Started' yang dikatakan ada kaitan dengan kehilangan pesawat | LAGU Get It Started mula menjadi tumpuan umum apabila liriknya mengandungi elemen yang disifatkan segelintir pihak, ada kaitan denggan kehilangan pesawat MH370. Didendangkan penyanyi rap Amerika, Pitbull bersama artis dari Columbia Shakira, kandungan lagu tersebut menjadi bualan ramai pengguna internet menerusi laman sosial facebook dan Youtube sejak dua hari lalu. Rangkap lirik yang diperkatakan daripada lagu yang diterbitkan pada 2012 itu ialah : Thriller in Manila, knocking them out like Pacquiao. No Ali, No Frazier, but for now it's off to Malaysia. Two passports, three cities, two countries, one day Now that's worldwide, if you think it's a game, let's play. Apa yang menarik perhatian ialah perkataan No Ali (tiada Ali). Now it's off to Malaysia (sekarang ia ke Malaysia).
Two passports (dua pasport), two countries (dua negara), one day (sehari). Now that's worldwide (sekarang ia seluruh dunia) dan volf. Lirik no Ali misalnya, ia dikaitkan dengan warganegara Iran dikenali sebagai Ali iaitu ejen pelancongan yang menempah tiket untuk dua warga Iran ke Eropah di Pataya, Thailand pada 1 Mac lalu. 'Now its worldwide' pula dikaitkan dengan liputan di seluruh dunia mengenai kehilangan MH370 sementara Voli dikatakan perkataan bahasa Itali yang membawa maksud penerbangan. Malah ada yang mengatakan kehilangan MH370 seperti sudah dirancang sekian lama disebabkan lagu itu sudah pun diterbitkan sejak dua tahun lalu. Namun ada jugga pemberi komen cuba meredakan keadaan dengan mengatakan ia sekadar satu kebetulan. -MD
.